Minggu pertama
Pada minggu pertama para pelajar sesi 2015/2016 diberi penerangan tentang ifolio dan cara-cara penggunaannya.Selain itu,Dr.Fariza binti Khalid turut memberi penerangan tentang laman web weebly dan memberitahu bahawa laman tersebut akan digunakan sepanjang tahun oleh para pelajar. Saya berasa sangat teruja dan tidak sabar untuk mengikuti kelas tersebut kerana saya berharap agar kemahiran saya dalam bidang teknologi komputer dapat dipertingkatkan lagi.
Minggu kedua
Pada minggu kedua para pelajar diajar cara-cara untuk membuat email menggunakan Gmail.Para pelajar turut didedahkan cara-cara untuk menghantar email dan membalas email.Para pelajar juga diajar langkah-langkah untuk menghantar email secara beramai-ramai dengan serentak dengan menggunakan Cc dan Bcc.Pada mulanya agar sukar kerana saya belum mahir dalam penggunaan komputer ini tapi setelah diberi tunjuk ajar dan membuatnya berulang-ulang kali akhirnya saya berjaya melakukannya.
Minggu ketiga
Pada minggu seterusnya,para pelajar diajar cara-cara menghasilkan Weebly.Dalam Weebly tersebut saya dan kawan-kawan diminta untuk membuat Blog yang mengandungi biodata tentang diri saya,tugasan-tugasan yang diberikan dan refleksi bagi kursus in setiap minggu seperti yang saya buat sekarang ini.Sebelum membina laman web tersebut saya dan ahli kumpulan diminta untuk mencari maklumat berkaitan komputer sebagai alat, guru dan pelajar.Selain itu,saya juga diajar cara-cara untuk berkongsi maklumat yang diperolehi dgn kawan-kawan dengan menggunakan Google Drive.Pada mulanya saya agar kabur-kabur dalam penggunaan Googe drive ini kerana ia merupakan pekara baru bagi saya.Dalam Google Drive terdapat pelbagai kemudahan aplikasi yang disediakan yang dapat memudahkan lagi kerja-kerja menghasilkan dan menghantarkan tugasan.Saya juga dapat membuat blog sendiri dengan menggunakan laman web Weebly.Weebly juga merupakan platform untuk menghantar tugasan yang diberikan.Tetapi saya tidak faham bagaimana untuk memasukkan maklumat URL Weebly dan maklumat yang lain dalam dalam Google Forms.Mohon beri tunjuk ajar tentang perkara tersebut.Sekian dari saya, nana.
Minggu keempat
Assalamualaikum dan salam sejahtera dari saya. Pada minggu ini saya dan kawan-kawan diajar cara-cara untuk melibatkan diri ataupun memberi respon dalam forum bagi kursus Komputer dalam Pendidikan ini. Dalam forum tersebut kita dapat memberi respon terhadap tajuk-tajuk yang diberikan. Saya dan kawan-kawan diminta untuk memberi respon dalam forum yang bertajuk Salam Perkenalan oleh Dr. Fariza. Saya juga dapat melihat respon dari kawan-kawan yang lain. Selepas iu,saya dan kawan-kawan diminta untuk mencari maklumat berkaitan dengan Learning Management System (LMS) dan Course Management System (CMS) serta sumber perisian percuma untuk LMS dan CMS. Pada mulanya agak susah untuk mencari maklumat tersebut tetapi setelah ditranslatekan dalam Bahasa Melayu,banyak informasi yang saya dapat. Melalui pencarian ini saya dapat mengetahui sedikit sebanyak tentang LMS dan CMS. Seperti minggu sebelum ini saya dan kawan-kawan mencari maklumat berkaitan CMS dan LMS dan diminta untuk berkongsi maklumat tersebut dengan ahli kumpulan saya menggunakan Google Drive dan saya sudah mahir menggunakannya tanpa bantuan ahli kumpulan saya. :D
Minggu kelima
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada minggu ini saya dan rakan-rakan didedahkan dengan panduan menulis rujukan gaya UKM. Dengan pendedahan ini baru saya mengetahui cara-cara menulis rujukan yang lengkap tidak kiralah untuk buku, majalah, jurnal atau rujukan dari internet. Selepas itu, saya dan rakan-rakan diberi tajuk tugasan untuk mencari maklumat menggunakan enjin pencarian seperti Google Scholar. Baru saya tahu bahawa Google Scholar merupakan salah satu enjin pencarian maklumat tetapi Google Scholar lebih kepada sumber maklumat antarabangsa kerana sumber maklumat adalah dalam Bahasa Inggeris. Saya juga turut diajar cara-cara untuk mencari maklumat menggunakan laman web UKM dan laman web Perpustakaan Tun Sri Lanang. Dalam laman web tersebut kita dapat mencari maklumat dengan lebih terperinci lagi kerana kita perincikan maklumat pencarian kita seperti pada tahun berapa, di Malaysia atau lebih meluas lagi malah kita juga dapat mencari maklumat yang lebih lengkap lagi seperti dalam bentuk PDF yang penuh atau hanya kesimpulan sahaja. Melalui laman web PTSL ini kita dapat mencari maklumat dengan lebih mudah lagi. Selepas penerangan tentang laman web ini, saya dan rakan-rakan diberi penerangan tentang tugasan-tugasan yang perlu dilakukan. Pada mulanya saya menganggap Google Scholar ini sama sahaja dengan enjin pencarian yang lain rupa Google Scholar ini lebih meluas lagi pencariannya sehingga ke seluruh dunia. Laman web PTSL juga turut menyediakan kemudahan yang lengkap serta memudahkan pencarian maklumat. Seterusnya, saya dan rakan-rakan diminta untuk melibatkn diri dalam forum dengan menjadikan tajuk tugasan sebagai tajuk forum dan memberi respon. Melalui forum ini kita dapat mengetahui maklumat dengan lebih banyak lagi serta dapat menghurai ketidakfahaman tentang sesuatu topik. Saya berharap saya dapat meningkatkan lagi kemahiran dalam bidang ICT. Semoga saya dapat memanfaatkn kemudahan yang ada ini dengan baik.
Minggu keenam
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Pada minggu ini saya dan kawan-kawan didedahkan tentang CASPER. CASPER merupakan satu teknik dalam membina persembahan elektronik powerpoint yang meliputi penyusunan media seperti teks, grafik, animasi dan video. Teknik ini penting dalam menghasilkan persembahan yang menarik, berkesan serta dapat merangsang perhatian dan minat pengguna terhadap persembahan yang ingin disampaikan. Saya dan rakan-rakan membincangkan tentang topik ini serta mengaplikasikannya dalam pembelajaran. Selain itu, saya dan kawan-kawan diminta untuk membuat satu persembahan powerpoint berkaitan tajuk yang telah diberikan seperti kumpulan saya diberi tajuk Open Source Software. Kami diminta untuk mengaplikasikan teknik CASPER dalam persembahan powerpoint pada kali ini. CASPER ini memberi tunjuk ajar kepada kita seperti kita dapat menggabungkan warna-warna tertentu untuk membuat persembahan menjadi menarik serta dapat memahami teks yang ingin disampaikan. Seterusnya, Cik Mazalah turut memberi penerangan tentang kaedah pemarkahan bagi persembahan powerpoint serta penerangan tentang cara-cara untuk memberi markah. Berkaitan kaedah pemarkahan, pada pendapat say ajika kita hendakkan markah yang baik kita perlulah berkerjasama dengan ahli kumpulan kerana markah ini dikira secara berkumpulan bukannya individu. Kaedah ini juga turut melatih kit acara berkomunikasi. Tidak lupa juga saya serta rakan-rakan diajar cara-cara untuk membuat persembahan powerpoint menggunakan Google Drive. Saya turut mencuba membuat powerpoint menggunakan Google Drive serta meneroka tema-tema yang dapat kita gunakan untuk mencantikkan lagi persembahan. Baru saya tahu yang kita juga dapat menukar background persembahan kita mengikut kreativiti masing-masing seperti meletakkan gambar-gambar lain.
Minggu ketujuh
Assalamualaikum dan selamat petang semua. Pada minggu ke-7 ini saya dan rakan-rakan diingatkan supaya menyiapkan persembahan powerpoint serta menambahkan satu lagi slide untuk rujukan. Rujuka tersebut hendaklah menggunakan gaya UKM. Pada minggu ini juga saya turut didedahkan dengan perkara baru iaitu berkaitan Pendidikan. Pendidikan merupakan suatu perkara atau pengetahuan baharu yang perolehi. Melalui pendidikan juga kita dapat menganalisis maklumat dan dapat menyelesaikan masalah. Selain itu, saya juga dapat mengetahui tentang sorotan literatur. Sorotan literatur merupakan sesuatu bahan kajian yang dilakukan oleh orang lain dan berkaitan dengan tajuk yang sama kita lakukan. Kita dapat menggunakan sorotan tersebut untuk dijadikan sebagai bahan rujukan untuk kita. Tugasan yang saya terima pada minggu ini ialah saya dan ahli kumpulan yang lain diminta untuk membuat kajian berkaitan dengan tajuk yang telah diberikan sebelum ini iaitu ‘Open Source Software’. Pada kali ini kami diminta untuk mencari artikel dan berdasarkan kepada artikel tersebut kami diminta untuk membuat kajian. Sebelum itu kami diberi penerangan tentang kajian yang perlu dilakukan. Dalam kajian tersebut perlulah mengandungi penyataan masalah. Penyataan masalah ialah sesuatu perkara yang kita rasakan menjadi masalah dan kita hendak mengkaji tentang perkara tersebut. Selain itu, kita juga perlulah menyatakan tujuan kita memalkukan kajian tersebut, objektif kajian, persoalan kajian serta kaedah mengumpul maklumat. Kaedah mengumpul maklumat terbahagi kepada dua iaitu kualitatif dan kuantitatif. Kualitatif ialah kaedah temu bual dan pemerhatian. Temu bual adalah apabila kita menemubual seseorang sekurang-kurangnya 5 orang berkaitan dengan kajian yang kita lakukan dan jika jawapan yang kita terima serupa dengan yang lain barulah kita boleh mengambil jawapan tersebut untuk dikumpulkan. Pemerhatian pula adalah kita memerhati gelagat serta tingkah laku orang sekeliling. Kuantitatif pula adalah kaedah soal selidik. Kaedah ini memerlukan kita untuk membuat soalan sekurang-kurangnya 10 soalan dan kemudian edarkan kepada populasi dan pensampelan yang kita kehendaki. Populasi dan pensampelan adalah kawasan serta orang-orang yang kita jadikan sebagai kajian sebagai contoh kajian yang saya lakukan pada kali ini adalah berkaitan dengan pelajar IPT dan populasinya bagi pelajar Fakulti Pendidikan tahun satu di UKM. Seterusnya cara untuk kita menganalisis data adalah melalui kaedah pengumpulan maklumat tersebut. Jika untuk temu bual, kaedah ini perlu dirakam seterusnya mengambil jawapan serta solan dalam rakaman tersebut. Kami juga turut diajar cara untuk membuat kajian. Kami berbincang tentang kajian yang dilakukan serta telah membuat beberapa perkara seperti penyataan masalah, tujuan kajian, objektif kajian serta persoalan kajian. Saya berharap saya dan ahli kumpulan yang lain dapat menyiapkan tugasan ini dengan lancar. Ampun maaf jika ada tersilap maklumat yang saya kongsi ini. Sehingga berjumpa lagi pada minggu hadapan…… sekian dari saya NOOR SYAZANA BT MOHAMAD atau lebih dikenali sebagai NANA… Selamat tinggal… ^_^ ^0^
Minggu kelapan
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu lagi kita dalam reflaksi minggu ke-8. Aktiviti pada minggu ini adalah sambungan kajian yang dilakukan pada minggu sebelum ini tetapi sebelum itu Cik Mazalah meminta kumpulan 4 untuk mempersembahkan slide show mereka kerana mereka merupakan kumpulan yang pertama bagi pembentangan slide. Persembahan slide powerpoint mereka bertajuk Kemahiran Abad ke-21 dan saya serta ahli kumpulan saya diminta untuk menilai kumpulan tersebut. Penilaian yang pertama adalah berkaitan slide powerpoint tersebut iaitu berdasarkan konsep CASPER. Seterusnya, penilaian tentang ahli pembentang tersebut seperti antonasi suara, cara penyampaian, Bahasa yang digunakan serta cara mereka menyampai maklumat seperti menarik perhatian dan adakah mereka memberikan respon yang baik. Saya menyukai kumpulan ini kerana mereka tahu cara untuk menarik minat saya serta rakan-rakan yang lain. Selain itu, cara mereka menyampaikan maklumat juga mudah difahami dan dalam Bahasa yang mudah kita fahami. Sebelum tamat sesi pembentangan tersebut, terdapat sesi soalan yang disediakan oleh kumpulan tersebut. Sesi tersebut sangat menyeronokkan kerana masing-masing berebut hendak menjawab dan sesi tersebut dapat menunjukkan sama ada kita faham atau tidak maklumat yang disampaikan. Melalui pembentangan tersebut saya dapat memahami dengan lebih mendalam lagi tentang Kemahiran Abad ke-21. Selepas itu, kami meneruskan aktiviti yang seterusnya iaitu sambungan kajian. Pada kali ini, saya dan kawan-kawan yang lain diminta untuk membuat soal selidik berkaitan kajian yang kita lakukan. Soalan kita mestilah berdasarkan persoalan kajian yang kita lakukan. Pada mulanya agak sukar kerana saya kurang memahami tetapi setelah diberi penerangan oleh Cik Mazalah, saya serta ahli kumpulan dapat melaksanakannya. Cik Mazalah juga turut mengajar cara untuk membuat soal selidik menggunakan Google Form dalam Google Drive dan seterusnya memasukkan link soal selidik tersebut dalam forum supaya rakan-rakan yang lain dapat menjawabnya. Cik Mazalah juga turut menerangkan tentang dapatan kajian iaitu kita dapat memperolehinya melalui soal selidik yang dijalankan untuk mendapatkan analisis bagi menjawab objektif kajian yang dilakukan. Setakat ini saja reflaksi saya pada minggu ini. Sekian terima kasih.. :0
Minggu ke sembilan
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Cik Mazalah serta rakan-rakan sekalian. Pada minggu ini kelas SE 2 meneruskan persembahan slide dari kumpulan seterusnya yang bertajuk Pembelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Kumpulan ini berkongsi maklumat dan memberi penerangan tentang ICT dengan lebih mendalam. Selain itu, cara persembahan mereka juga sangat baik dan dapat difahami dengan mudah. Mereka juga turut memberikan contoh yang berkaitan dengan kehidupan kita dan memudahkan lagi kefahaman tentang ICT. Mereka juga turut menyediakan beberapa soalan untu kami menjawabnya. Sesi soal jawab sangat menyeronokkan dan terdapat soalan yang memintak kita memberikan pendapat sendiri berkaitan ICT. Selepas itu kami meneruskan dengan aktiviti yang seterusnya iaitu cadangan kajian. Selepas membuat soal selidik pada minggu lepas, saya serta rakan-rakan melihat berapa orang yang memberi respon terhadap soal selidik kami. Saya serta rakan-rakan memerlukan 32 orang responden bagi memudahkan kami untuk membuat analisis tetapi kebanyakan kumpulan respondennya belum sampai tahap yang diperlukan. Seterusnya, Cik Mazalah mengajar cara untuk kita mengira markah pelajar dan kedudukan mereka menggunakan micrsoft excel. Jika hendak mengira jumlah keseluruhan markah seseorang pelajar kita perlu guna formula yang sesuai seperti sum. Selepas itu, saya juga turut diajar cara untuk mengira markah tertinggi menggunakan formula max, markah terendah pula menggunakan min, markah purata menggunakan average, sisihan piawai menggunakan stdev, titik tengah menggunakan median dan mod menggunakan mode. Saya dan rakan-rakan juga turut diajar cara untuk memberi gred setiap markah. Pada mulanya agak sukar kerana ini merupakan kali pertama saya membuat pengiraan markah dan beginilah agaknya apa yang guru-guru saya rasa sebelum ini. Kemudian, saya diajar cara untuk memindahkan maklumat dalam bentuk graf atau chart dan dapat memilih jenis graf yang kita kehendaki. Selepas itu, Cik Mazalah meminta saya serta rakan-rakan yang lain untuk membuat perkara yang sama tetapi menggunakan google sheet untuk melihat sama ada kita faham atau tidak cara penggunaannya. Sekian dari saya, terima kasih.
Minggu kesepuluh
Pada minggu ini kumpulan saya yang membentangkan slideshow. Saya serta ahli kumpulan berasa sangat gementar. Semasa pembentangan saya serta ahli kumpulan hendak menunjukkan video berkaitan dengan tajuk kumpulan saya iaitu Perisian Sumber Terbuka tetapi malangnya video tersebut tidak dapat ditunjuk kerana mengalami masalah teknikal. Nasib baiklah komputer yang kami gunakan itu ada line so kami pun carilah video tersebut melalui Youtube. Berkaitan dengan tajuk yang saya bentangkan iaitu Perisian Sumber Terbuka merupakan suatu perisian yang percuma iaitu kita tidak perlu membayar untuk mendapatkannya. Kita hanya perlu install sahaja. Antara contoh Perisian Sumber Terbuka adalah Youtube, Google Search, Google Scholar, Yahoo, Gmail serta perisian yang kita boleh guna secara online. Ketika sesi soal jawab, pada mulanya agak suram kerana kebanyakan rakan-rakan saya kurang memahami apa yang di maksudkan dengan Perisian Sumber Terbuka. Tetapi setelah diterangkan semula oleh Cik Mazalah barulah rakan-rakan saya memahami. Setelah selesai, Cik Mazalah memberi komen tentang slideshow. Menurut Cik Mazalah Slideshow bagus, cara pembentangan pun bagus cuma kami kelihatan kurang bersedia kerana tidak membuat persediaan terlebih dahulu. Tetapi keseluruhannya baik. Alhamdulillah :) Setelah selesai pembentangan, kami meneruskan dengan menyambung tugasan yang sebelum ini iaitu Laporan penyelidikan. Pada minggu ini Cik Mazalah mengajar kami cara untuk mengambil maklumat melalui soal selidik yang telah dijawab. Selepas itucara untyk mengira makah bagi yang menggunakan skala dan peratusan bagi yang menggunakan jawapan pilihan serta buat graf untuk bahagian analisi data. Cik Mazalah menyuruh kami untuk menyiapkan dapatan laporan tersebut serta menyelesaikannya.