LEARNING MANAGEMENT SYSTEM (LMS) DAN COURSE MANAGEMENT SYSTEM (CMS)
NURDIHA IZANY BINTI HASHAN ARIF A155376
SITI NORZILA BINTI MAT DIN A153445
NOOR SYAZANA BINTI MOHAMAD A154127
KERANGKA LAPORAN
1. Pengenalan
2. Definisi LMS & CMS
3. Fungsi LMS & CMS
4. Kebaikan dan Keburukan LMS & CMS
5. Perisian LMS & CMS
6. Rumusan
7. Rujukan
PENGENALAN
Pada awalnya, Learning Management System (LMS) dan Course Management System mungkin dilihat sebagai satu sIstem yang sama tetapi kedua-duanya merupakan dua aplikasi yang amat berbeza. Persamaannya, kedua-dua LMS dan CMS adalah sistem pembelajaran secara atas talian (e-learning) dan juga merupakan aplikasi yang amat membantu pengguna dalam melibatkan diri dalam proses pembelajaran yang lebih berkesan. Justeru, terdapat perbezaan ketara antara kedua-duanya termasuklah dari segi fungsi, reka bentuk, dan juga kesesuaian.LMS atau Learning Management System merupakan satu aplikasi pendidikan untuk membuat pengajaran dan pembelajaran. Aplikasi ini merujuk kepada pelbagai sumber iaitu meliputi kandungan kukurikulum dari tahap pra sekolah sehingga tahap universiti. Topik-topik pembelajaran disamapikan atau dicapai melalui aksess internet. Unsur penting dalam pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan sistem pengurusan pembelajaran ialah capaian internet.
CMS atau Course Management System bermaksud merupakan suatu sistem yang digunakan untuk mengelola dan memfasilitasi proses pembuatan, pembaharuan, dan publikasi content secara bersama (collaborative content management). CMS ini tertumpu kepada informasi dalam bentuk teks, grafik, gambar atau pun dalam format-format lain yang perlu dikemaskini dan dikendalikan dengan tujuan memudahkan proses pembuatan, pembaharuan, distribusi, pencarian, analisis, dan meningkatkan kemudahan untuk ditransformasikan ke dalam bentuk lain. Menurut istilah CMS ini cukup luas, di antaranya melingkungi software aplikasi, database, arsip, workflow, dan alat bantu lainnya yang dapat dikendalikan sebagai sebahagian daripada mekanisme jaringan informasi suatu perusahaan ataupun global.
DEFINISI LEARNING MANAGEMENT SYSTEM (LMS)
Sistem Pengurusan Pembelajaran ataupun lebih dikenali sebagai Learning Management System merupakan aplikasi pendidikan untuk membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Di dalam aplikasi ini ia merujuk kepada pelbagai sumber iaitu meliputi kandungan kurikulum dari tahap pra sekolah sehingga tahap universiti. Topik-topik pembelajaran disampaikan atau dicapai melalui akses terus ke internet. Dalam pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan system pengurusan pembelajaran ini capaian internet merupakan perkara yang sangat penting. Tanpa capaian internet system ini tidak dapat digunakan kerana system ini menggunakan internet sebagai alat untuk berhubung. Hal ini dapat dilihat apabila seseorang pelajar menggunakan sistem ini adalah melalui atas talian.
Sistem Pengurusan Pembelajaran ini adalah laman web yang turut digunakan oleh peringkat tinggi berasaskan teknologi untuk penyelesaian perenggan, menyampaikan dan mengatur pelbagai aktiviti belajar dalam sebuah organisasi. Sebagai contoh, program pengajar dapat menyampaikan maklumat tertentu kepada para pelajarnya menggunakan kelas maya secara atas talian.
System ini juga turut digunakan oleh pelajar untuk memuat turun nota yang diberikan oleh pensyarah. Pelajar juga dapat mengakses maklumat berkaitan tugasan yang diberikan oleh pensyarah menggunakan sistem ini. Pelajar juga dapat berinteraksi dengan pensyarah dan rakan-rakan yang lain dengan menggunakan sistem ini. Selain itu, sistem ini memberi kelebihan kepada pelajar yang pemalu kerana pelajar tersebut dapat berinteraksi dengan pensyarah hanya menggunakan nama samaran. Keadaan ini memudahkan serta memberikan keselesaan kepada para pelajar untuk berinteraksi dan berkomunikasi bersama pensyarah.
DEFINISI COURSE MANAGEMENT SYSTEM (CMS)
Course Management System (CMS) atau Kursus Sistem Pengurusan pada asasnya direka untuk menyokong kursus pengajar dan akademik. Ia membolehkan pengajar mewujudkan sebuah laman web kursus, di mana dokumen boleh dimuatnaik dalam format popular seperti perkataan, power point, dan lain-lain tanpa perlu menukar mereka kepada format web seperti HTML. Ini memerlukan beberapa kemahiran kursus, sekaligus menjadikan CMS sebagai pilihan utama tenaga pengajar. Ia juga cekap menyokong pembelajaran jarak jauh kerana perbincangan lembaga permohonan yang kukuh. Pengajar akan menghantar intipati kursus kepada pelajar melalui aktiviti pembelajaran yang berbeza-beza, kemudian pengajar akan menyelia perbincangan kursus melalui lembaga perbincangan.
FUNGSI LEARNING MANAGEMENT SYSTEM (LMS)
Aplikasi LMS memberikan banyak manfaat kepada para pelajar tidak kira daripada sekolah rendah hingga peringkat universiti. Salah satu fungsi LMS kepada pelajar adalah LMS adalah satu tempat yang menyediakan bahan-bahan rujukan pembelajaran dalam pelbagai bentuk. Antaranya artikel, tesis, hasil perbincangan dan banyak lagi, semuanya adalah berdasarkan pembelajaran secara e-learning. Bahan-bahan pembelajaran berinformasi yang ditampilkan juga adalah lengkap dan mesra pengguna. Lengkap dengan :
- Tajuk
- Pendahuluan
- Isi kandungan
- Garis panduan
- Tempoh pembelajaran
- Target pembelajaran
- Tarikh dan waktu
- Ujian atau kuiz
FUNGSI COURSE MANAGEMENT SYSTEM (CMS)
CMS mempunyai pelbagai fungsi salah satunya adalah untuk meletakkan bahan-bahan kursus dalam talian. Kebanyakan CMS menyediakan butang pra-diprogramkan untuk kursus sukatan pelajaran, kursus, jadual dan bahan-bahan kursus yang dikaitkan dengan pelajaran tertentu, seperti salinan bacaan dan slaid PowerPoint dari kuliah. Selain itu, CMS jugadapatmenilaikemajuanpelajar. Ia dapat membolehkan pengajar untuk member kuiz kepada pelajar secara online, dan sebuah buku dalam talian gred, dimana pengajar dapat memaparkan gred pelajar. Pengajar dan pelajar juga dapat meneruskan pembacaan dan perbincangan serta berkongsi maklumat seperti perbincangan dalam kelas. CMS juga berfungsi sebagai alat komunikasi. Pengajar boleh menghantar pengumuman serta berkomunikasi secara individu dengan pelajar.
KELEBIHAN DAN KEKURANGAN LEARNING MANAGEMENT SYSTEM (LMS)
LMS memberi banyak manfaat kepada penggunanya termasuklah dari segi masa dan tenaga. Para pelajar boleh mengakses maklumat dan topik pembelajaran pada bila-bila masa dan dimana sahaja melalui atas talian. Proses pembelajaran secara tidak langsung menjadi satu aktiviti yang berterusan tanpa batasan. Seterusnya, LMS membolehkan para pelajar mengetahui pengumuman penting yang diuar-uarkan oleh guru dan pelajar juga boleh menambah atau menggugurkan kursus yang ditawarkan serta menambahbaik komunikasi antara pelajar dan juga guru sekursus melalui perbualan (real-time chat), e mel, web forum dan banyak lagi. Dari segi kos, secara relatifnya agak rendah dan asas kemahiran para pelajar dan guru juga agak rendah. Justeru, LMS adalah mudah untuk difahami dan dikendalikan dalam masa yang singkat. Informasi dan ilmu pembelajaran juga lengkap dan kemas. Justeru, para pelajar tidak perlu membuat banyak pencarian dan huraian tentang sesuatu topik. Ia sangat membantu dalam memahami dan mempelajari topik secara singkat dan berkesan. Para pelajar juga boleh mengetahui tahap perkembangan mereka tentang sesuatu topik melalui kuiz segera. Pelajar boleh memperoleh gred dan markah sejurus selepas mereka melengkapkan tugasan atau kuiz tersebut. Perkhidmatan e-learning yang disediakan ini tidak memerlukan pelajar memasang (install) bermacam-macam software tambahan untuk menggunakan perkhidmatan LMS. Pengguna boleh terus menggunakan perkhidmatan LMS ini tanpa kekangan ataupun proses yang melecehkan.
Setiap perkhidmatan pasti ada kecacatan. LMS juga mempunyai beberapa kekurangan yang tidak dapat dielakkan. Pertamanya, kos pemasangan LMS pada awalnya adalah agak tinggi termasuklah kos komputer dan peralatan sampingan turut menyumbang kepada sedikit kekangan dari segi kewangan. Kebiasaanya, LMS memerlukan sesebuah sekolah atau institusi membayar lesen pada setiap tahun untuk membolehkan perkhidmatan LMS yang berterusan. Seterusnya, vendor lock-in adalah masalah utama dalam LMS. Satu modul kursus yang menjalankan operasi dalam satu vendor tidak boleh berfungsi kepada vendor LMS yang lain. Sekiranya system LMS yang sedia ada ingin ditukar kepada yang baru (updated), ia mungkin akan menjadi masalah kepada semua pengguna.
KELEBIHAN & KEKURANGAN COURSE MANAGEMENT SYSTEM (CMS)
Course Management System (CMS) mempunyai banyak kelebihan antaranya masa yang diambil untuk membuat websites cepat kerana kita tidak perlu menulis kod dan merancang database. Selain itu, maklumat dalam website juga dapat di ubah oleh orang yang tidak mengelolakan program tersebut. Kebanyakan aplikasi CMS tidak mengenakan kos serta open source.Selain itu, terdapat banyak sambungan seperti modul,template dan lain-lain untuk penambahan ciri-ciri dengan cepat.Pengguna boleh membuat dashboard blog dengan leih menarik dan mengikut kreativiti sendiri. CMS juga menyediakan kemudahan seperti butang navigasi untuk terjemahkan dalam pelbagai bahasa.
CMS secara atas talian ini turut mempunyai sedikit kekurangan kepada penggunanya. Antaranya, bentuk dan ciri laman web dengan laman web yang lain adalah hampir sama kerana menggunakan CMS yang sama. Jadi, tiada variasi dan bentuk yang berbagai pada setiap pengguna yang berbeza. Selain itu, ciri dan fungsi laman web pada CMS sedikit terbatas dan tidak sesuai sepenuhnya dengan kemahuan dan kreativiti pemilik laman web. Seterusnya, kemudahan menyunting kod HTML ataupun PHP adalah sedikit terbatas dan juga menyulitkan. Untuk wesite kecil penggunaan yang terlalu berlebihan adalah terbatas.
Perisian CMS
Wordpress
WordPress merupakan Content Management System (CMS) berasaskan PHP dan MySQL yang bersifat open source dan sering digunakan sebagai aplikasi penerbitan blog. Ia mempunyai banyak fitur dengan sistem plugin dan template. Wordpress digunakan pada lebih 12% daripada 1.000.000 laman web terpopular. WordPress merupakan CMS yang paling banyak digunakan hari ini.
b2evolution
b2evolution adalah system penerbitan multi-blog, multi-bahasa, multi-user, multi-blog yang ditulis dalam bahasa PHP dan menggunakan database MySQL. Ia mempunyai semua fitur blog tradisional dengan tambahan fitur canggih seperti pengurusan fail & gambar, tema / skin serba boleh, multi blog, tetapan permisi pengguna yang terperinci.
Joomla
Joomla adalah content management system (CMS) percumadanbersifat open source untuk menerbitkan sebarang kandungan atau maklumat di dunia web atau internet. Ia memiliki fitur seperti caching halaman web, RSS feed, halaman versi cetak, berita kilat, blog, polling, enjin carian, dan sokongan untuk pengantarabangsaan bahasa.
Mambo
Mambo adalah perisian / content management system (CMS) percuma dan bersifat open source untuk membina dan menguruskan laman web melalui antara muka web yang senang untuk digunakan.
Concrete5
Concrete5 adalah content management system percuma dan bersifat open source.Membuat laman web menjadi lebih mudah dengan Concrete5. Layari semua laman web anda, dan sebuah toolbar penyuntingan memberikan anda semua kawalan yang anda perlukan untuk mengemaskini laman web anda.
Drupal
Drupal adalah content management system yang bersifat open source dan telah digunakan oleh berjuta laman web dan aplikasi. Ia dibina, digunakan, dan disokong oleh komuniti yang aktif dari pelbagai orang di seluruh dunia.
Contao
Contao adalah content management system yang bersifat open source bagi orang yang memerlukan kehadiran internet profesional yang mudah untuk dikekalkan. Struktur sistem yang canggih menawarkan standard keselamatan yang tinggi dan membolehkan anda untuk membangun laman web mesra enjin carian yang boleh diakses oleh orang-orang kurang upaya.
Pligg
Gunakan content management system Pligg untuk membina komuniti penerbitan social anda dalam masa yang singkat. Pligg adalah perisian penerbitan sosial yang menggalakkan pengunjung untuk mendaftar di laman web anda supaya mereka boleh mengemukakan sebarang kandungan, maklumat dan berkomunikasi dengan pengguna lain.
CMS Made Simple
CMS Made Simple, content management system yang open source, membuat pengurusan kandungan laman web menjadi lebih cepat dan mudah. CMS ini sesuai untuk laman web perniagaan kecil hingga syarikat besar.
Perisian LMS
Contoh aplikasi LMS yang digunakan oleh pelajar UKM ialah I-FOLIO.I-FOLIO ini digunakan oleh pelajar dan pensyarah UKM. Pelajar menggunakan I-FOLIO bertujuan untuk mendapatkan nota, malah perbincangan tentang tajuk-tajuk pembelajaran juga boleh dilakukan dengan pensyarah. Manakala pensyarah menggunakan LMS bertujuan untuk memasukkan nota dan member maklumat tentang hal terbaru kepada pelajar.Dalam kursus komputer dalam pendidikan juga telah menggunakan LMS iaitu yahoo group, facebook group dan blog.
* Antara perisian sumber terbuka untuk LMS ialah:
CLAROLINE:http://www.claroline.net
Dokeos:http://www.dokeos.com
LRN:http://www.dotlrn.com
ATUTOR:http://www.atutor.ca
OLAT:http://www.olat.org
Sakai:http://www.sakaiproject.org
Kesimpulannya, LMS dan CMS merupakan satu perisian yang amat penting dalam pembangunan dan peningkatan dalam proses pembelajaran dan pengajaran.Perisian ini membantu perkembangan dan pemahaman pelajar dalam sesuatu mata pelajaran. selain itu topik yang dibincangkan dapat difahami dengan baik dan sistem i folio yang digunakan oleh UKM adalah contoh yang terbaik. Pelajar dapat membaca nota yang diberikan dengan lebih baik dengan adanya perisian ini. Oleh itu, jelaslah perisian LMS dan CMS amat penting dalam alaf ke 21 yang merupakan alaf globalisasi di mana semua maklumat adalah di hujung jari. dengan penggunaan perisian ini hasrat kerajaan untuk mencapai wawasan 2020 dalam maju menjelang tahun 2020 mampu dicapai jika peratusan penduduk Malaysia celik IT adalah tinggi.
RUJUKAN
https://ms.wikipedia.org/wiki/Sistem_pengurusan_kandungan
https://en.wikipedia.org/wiki/Content_management_system
https://aderizkybohsalak.wordpress.com/2014/04/23/2
https://maseadi.wordpress.com/2013/01/25/kelebihan-kekurangan-cms
http://www.ehow.com/info_8222356_pros-cons-learning-management-system.htm
http://rosmahaniabdwahab256.blogspot.my/2011/10/sistem-pengurusan-pembelajaran_08.html