Tugasan Pertama
Komputer Sebagai Alat,Guru dan Pelajar
KUMPULAN 2
NOOR SYAZANA BINTI MOHAMAD A154127
NURDIHA IZANY BINTI HASHAN ARIF A155376
SITI NORZILA BINTI MAT DIN A153445
Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu, komputer boleh didefinisikan sebagai sesuatu alat yang menyimpan, menganalisis dan mengeluarkan maklumat sebagaimana yang dikehendaki atau yang diarahkan. Dalam konteks ini, komputer boleh berperanan dalam berbagai bentuk, khusus dalam pendidikan, iaitu sebagai guru, alat dan pelajar dalam proses pembelajaran.
Komputer boleh dikatakan sebagai alat komunikasi apabila komputer dapat berinteraksi secara langsung dengan pengguna lain sama ada dalam penyampaian data. Komputer juga bertindak sebagai alat komunikasi terbaik kerana komputer mampu menyampaikan maklumat secara tepat dan mampu membolehkan pengguna berkomunikasi dengan pengguna lain walaupun dalam jarak yang jauh. Sebelum ini pengguna hanya boleh menggunakan teknologi telefon bimbit namun dengan adanya komputer pengguna boleh berhubung secara terus iaitu boleh melihat wajah pengguna denggan menggunakan aplikasi skype. Hal ini amat mengguntungkan pengguna dan dapat beinteraksi secara jelas berbanding penggunaan telefon bimbit. Komputer juga memudahkan kehidupan pengguna kerana pengguna mampu berinterasi dengan baik khususnya dalam perhubungan dua hal termasuk dalam perbincangan kontrak dan hal-hal kerja. Melalui komputer juga kita mampu memperolehi maklumat dalam bidang
• Pendidikan seperti mencari tempat belajar yang terbaik dan maklumat untuk belajar.
• Maklumat hiburan
• Maklumat pelancongan
• Maklumat semasa seperti berita tempatan.
Komputer juga boleh berperanan sebagai seorang guru kepada pelajar. Dalam konteks ini, komputer berperanan sebagai pengajar yang mampu memberikan pembelajaran tanpa batasan, dari segi masa, tenaga juga ruang. Pembelajaran secara atas talian mampu menyediakan bahan pendidikan efektif yang amat luas dan berbagai kepada pelajar. Dengan perkembangan alatan dan aplikasi komputer yang semakin canggih, proses pembelajaran menjadi rencam dan lebih menarik kerana wujudnya ‘guru maya’ yang mampu menampilkan bahan pembelajaran dan informasi dengan cara yang versitail dari segi teks, warna, ilustrasi, audio, video dan animasi yang turut boleh disertakan sebagai satu daya penarik kepada pelajar. Dengan adanya internet, ia memungkinkan pelajar menyelam sedalam mana lautan ilmu dan maklumat yang tersedia. Wujudnya ‘pengajar moden’ sebegini telah mengubah proses pembelajaran daripada pendidikan secara linear kepada yang lebih baik, iaitu proses pembelajaran secara interaktif. Terdapat pelbagai cara pelajar dapat berkongsi dan menambah ilmu secara interaktif. Antaranya forum antara guru dan rakan, tutor secara maya, kuiz, ruang khas yang umum memberikan maklum balas (feedback) tentang sesuatu topik atau pembelajaran ataupun tutorial, dan bermacam-macam lagi proses pendidikan secara interaktif yang tersedia secara atas talian. Justeru, wujudlah komunikasi yang berkesan antara guru dan rakan-rakan yang lain walaupun dari jarak yang jauh. Tambahan lagi, komputer yang berperanan sebagai guru dalam kebanyakan masa pelajar adalah bersifat lebih holistik, iaitu lebih menyeluruh. Istilah menyeluruh dalam konteks ini adalah menyeluruh dari segi cabang ilmu yang berbagai dan tanpa batasan. Pengguna yang menimba ilmu menggunakan internet boleh mengakses apa jua infomasi dalam ‘guru’ yang serba boleh dan mempunyai ilmu yang luas lebih daripada perpustakaan. Sebut apa sahaja bidang, sains, matematik, sukan, bahasa, agama, seni ataupun teknologi, tiada yang membataskan seseorang atau sekumpulan pelajar menimba sebanyak ilmu daripada sebuah ‘guru maya’ yang serba canggih ini.
Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60 anlagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam penggunaan kompter ini. Dalam konteks pendidikan, penggunaan komputer tidak asing lagi kerana penggunaan komputer sangat membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran. Komputer dianggap sebagai pelajar merujuk kepada pengguna komputer. Pelajar boleh menggunakan komputer dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan. Selain itu,komputer juga dapat membantu para pelajar untuk mencari maklumat yang diperlukan. Pelajar dapat mencari pelbagai informasi-informasi yang diperlukan hanya dengan menggunakan komputer. Melalui komputer juga pelajar dapat berkomunikasi dengan guru dan kawan-kawannya selain dapat bertukar-tukar pendapat mengenai sesuatu subjek.
Natijahnya, komputer merupakan satu alat komunikasi yang amat berguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran sama ada kepada pengajar atau pelajar. Terdapat perbezaan yang ketara kepada pelajar sekiranya sesuatu proses pembelajaran tidak menggunakan alat multimedia terutamanya komputer kerana komputer adalah satu pusat yang mempunyai pelbagai maklumat dan ilmu yang luas.
RUJUKAN
http://www.aliemscorporation.blogspot.com.my/komputersebagaialatinformasi
http://bukitsiguntang.blogspot.my/2010/06/komputer-banyak-mambantu-pelajar-dalam.html
http://musriansyah.blogspot.my/2010/02/fungsi-dan-peranan-komputer-dan.html
http://upsi-kpt4033-s.wikispaces.com/Pengajaran+Berbantukan+Komputer
http://rinisd.posterous.com/masa-depan-pr-dan-media-sosial
http://nadivercuy.wordpress.com/2011/06/05/public-relations-dan-sosial-media/